Harian Metro

Fadzil hairan abang berkelakua­n pelik

-

Kuala Lumpur: “Farid sudah bertemu dengan Diana pada hari dia dibebaskan.

“Tetapi pertemuan dengan anak saya tidak boleh ulas kerana tiada hak masuk campur urusan rumah tangga abang dan isterinya,” kata Fadzil Zahari, adik aktor dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari.

Menurutnya, sejak abangnya dibebaskan, fokus utama keluarga dan mentua Farid adalah kepada rawatan pemulihan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

“Hari ini (semalam) Farid dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n kesihatan merangkumi fizikal dan mental. Selepas itu, kami mahu bawanya berubat secara tradisiona­l.

“Buat masa sekarang, Farid di Kuala Lumpur. Insya-Allah, kami ada rancang pulang ke

Alor Setar tidak lama lagi,” katanya.

Fadzil berkata, dia bersyukur abangnya dibebaskan dengan ikat jamin meskipun kes masih berjalan.

“Ini kerana pembebasan Farid memberi ruang kepada keluarga membantuny­a menjalani rawatan.

“Sebenarnya lebih kurang dua minggu sebelum kejadian, saya dan adik, Anis berasa pelik dengan perubahan abang yang aktif dalam grup WhatsApp keluarga selain rajin berinterak­si dan membalas komen pengikut serta peminat di Instagram.

“Abang saya bukan seorang yang suka berbual kosong melayan WhatsApp apa lagi berinterak­si di media sosial. Selain itu, perubahan fizikal dia juga membuatkan kami risau.

“Pada hari kejadian dia ditahan jam 12.30 tengah hari, saya ada menghubung­i abang jam 12.16 tengah hari tetapi dia tidak jawab panggilan saya.

“Saya hubunginya untuk ajak makan tengah hari dan mahu berbual hati ke hati adakah dia ada masalah.

“Tapi tak sempat kami atur pertemuan, kejadian malang itu pula berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia