Harian Metro

‘Saya ikut saja...’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kami perlu selesaikan­nya secara peribadi. Alhamdulil­lah, syukur segalanya berjalan lancar”

Diana Danielle  Diana Danielle akur keputusan keluarga Farid

Pelakon Datin Diana Danielle, 27, menyambut baik cadangan adik iparnya, Fadzil Zahari untuk membawa suaminya, Datuk Farid Kamil, 37, menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, mereka sedia melakukan segala yang terbaik sehingga Farid kembali sihat.

“Terima kasih atas sokongan semua pihak. Apa yang jadi ini ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa,” katanya.

Diana yang dihubungi pagi semalam untuk bertanya keadaan Farid selepas dibebaskan dengan jaminan kelmarin tidak mahu terlalu bercerita mengenai keadaan suaminya dan ingin menyelesai­kan masalah secara privasi.

Pelakon filem Hanyut itu berkata, dia tidak mahu mengemas kini lebih banyak mengenai Farid.

“Kami perlu selesaikan­nya secara peribadi. Alhamdulil­lah, syukur segalanya berjalan lancar,” katanya.

Kata Diana, dia juga menghormat­i tugas media yang membuat liputan di Mahkamah Petaling Jaya kelmarin yang berusaha mendapatka­n komen daripadany­a.

“Kita sama-sama faham situasi masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataann­ya kelmarin, Fadzil mengatakan mereka sekeluarga sepakat membawa Farid menjalani pemeriksaa­n kesihatan dengan segera. Selepas itu baru dibawa berjumpa pakar untuk memeriksa keadaan kesihatan mental.

Fadzil juga memilih masa sesuai untuk mempertemu­kan Farid dengan dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Mengenai kes membabitka­n suaminya berkemungk­inan memberi kesan kepada kontrak yang melantik mereka sekeluarga menjadi duta produk, Diana menafikan perkara itu.

Malah kata Diana, dia akan kembali bekerja seperti biasa seperti sebelumnya.

“Saya terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga.

“Kerja diteruskan seperti biasa. Alhamdulil­lah, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam prosiding semalam, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabka­n kecederaan selebihnya, berkelakua­n tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lalu.

Pelakon filem Tombiruo itu direman lima hari bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam, bagi membantu siasatan.

Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan RM12,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia