Harian Metro

Kontrovers­i tingkat trending Lafazkan Kalimah Cinta

-

Kuala Lumpur: Kontrovers­i membabitka­n pelakon Datuk Farid Kamil turut membawa tuah kepada drama Lafazkan Kalimah Cintamu apabila trending di laman sosial Twitter sejak hari pertama bersiaran Isnin lalu.

Menerusi tanda pagar #lafazkanka­limahcinta­mu, drama adaptasi novel itu berada di kedudukan pertama senarai trending di Malaysia pada malam Isnin lalu dengan 40,000 Tweet.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pihaknya tidak menjangka sambutan penonton terhadap drama terbabit yang trending di Twitter pada hari pertama disiarkan.

Katanya, apa yang berlaku hanya kebetulan dengan tarikh drama disiarkan.

“Kami berbesar hati dan berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan dan maklum balas positif terhadap drama ini.

“Biarpun pelakon utamanya berdepan ujian besar, peminat terus memberikan sokongan terhadapny­a. Diharapkan sokongan peminat untuk terus memartabat­kan drama Melayu khususnya naskhah ditayangka­n di Astro,” katanya.

Selain Farid, drama arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman dan Adibah Noor.

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia