Harian Metro

11 laporan polis babit kerugian RM2.37 juta

-

Sungai Buloh: Sebanyak 11 laporan diterima polis daerah ini membabitka­n penipuan pembelian kenderaan mewah, motosikal kuasa tinggi dan telefon bimbit didalangi individu mendakwa bergelar Datuk Seri.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, dua laporan diterima di Balai Polis Sungai Buloh dan sembilan di Balai Polis Saujana Utama di sini, membabitka­n kerugian RM2.37 juta.

“Seorang mangsa berusia 33 tahun memaklumka­n berkenalan dengan suspek berusia 46 tahun pada Ogos tahun lalu dan menawarkan lelaki itu untuk membeli motosikal murah daripada kilang.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat pembayaran berperingk­at sebanyak RM102,000 ke akaun bank diarahkan suspek sebelum menyedari ditipu selepas gagal menerima motosikal ditempah,” katanya.

Somu berkata, taktik suspek adalah menawarkan pembelian motosikal, kereta dan telefon bimbit pada harga lebih 50 peratus murah daripada harga asal.

“Kami masih mengesan suspek dikenali sebagai Datuk Seri Normi yang dipercayai dalang kes ini bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh,” katanya.

 ??  ?? SOMU
SOMU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia