Harian Metro

Datuk Seri ‘harga kilang’

- Norizuan Shamsuddin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Lebih 20 individu tertipu RM7 juta beli kereta, motor mewah halimunan

Seorang lelaki mendakwa bergelar Datuk Seri memperdaya lebih 20 individu dalam urusan pembelian kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi kononnya pada harga kilang dengan kerugian mencecah RM7 juta.

Wakil mangsa yang mahu dikenali sebagai Ayob, 50-an, berkata mereka mengenali lelaki itu selepas bersama-sama terbabit dalam konvoi motosikal kuasa tinggi akhir 2015.

“Lelaki berusia 46 tahun itu memperkena­lkan diri sebagai Datuk Seri Normi. Dia kerap menyertai aktiviti konvoi kami dengan menunggang Harley Davidson Nightster dan Can-Am Spider RS.

“Pada hujung 2016, dia mendakwa boleh mendapatka­n pelbagai model kenderaan serta motosikal pada harga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran kerana mempunyai pegangan saham dalam beberapa syarikat pengedar kenderaan.

“Antara kenderaan ditawarkan ialah Mini Coopers, Mercedes-Benz, Toyota Vellfire selain motosikal Kawasaki YZF-R1, Z1000, Ducati Panigale serta BMW S1000R.

“Ia membuatkan ramai yang mengenalin­ya membuat tempahan untuk mendapatka­n kenderaan serta motosikal berkenaan,” katanya yang turut kerugian lebih RM500,000 selepas wang tempahan dilarikan lelaki terbabit.

Menurut Ayob, pada awal 2017 hampir semua kenderaan serta motosikal ditempah diperoleh pembeli dan ia membuatkan lebih ramai individu yang terpengaru­h.

“Ramai yang membuat tempahan malah ada yang menjadi orang tengah. Namun selepas April lalu, penyerahan mula lambat malah ada pelanggan yang menunggu sehingga lima bulan bagi mendapatka­n kenderaan terbabit.

“Lelaki terbabit memberi pelbagai alasan termasuk memaklumka­n kekurangan stok. Dia menghilang­kan diri selepas Ogos lalu,” katanya ketika ditemui membuat laporan berkaitan kes terbabit bersama 10 individu lain di Balai Polis Kampung Baru Subang, semalam.

Menurut beliau, beberapa laporan polis turut dibuat di Kelantan, Terengganu, Perak dan Johor.

“Selain kenderaan dan motosikal, ada individu yang terpedaya dengan penjualan telefon pintar murah, selain projek kerajaan.

“Kami harap dia segera ditahan untuk diadili,” katanya.

 ?? Ayob ?? Antara kenderaan ditawarkan ialah
Mini Coopers, Mercedes-Benz, Toyota Vellfire selain motosikal Kawasaki YZF-R1, Z1000, Ducati Panigale serta BMW S1000R”
Ayob Antara kenderaan ditawarkan ialah Mini Coopers, Mercedes-Benz, Toyota Vellfire selain motosikal Kawasaki YZF-R1, Z1000, Ducati Panigale serta BMW S1000R”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia