Harian Metro

Belasah isteri dengan kayu sampai lembik

-

Zalimnya seorang lelaki apabila tergamak menumbuk dan menendang isterinya yang mengandung dua bulan hanya kerana mangsa mengunci pintu bilik di rumah mereka di Kuang, Sungai Buloh kelmarin.

Malah suspek berusia 30 tahun itu turut mengetuk kepala mangsa menggunaka­n batang kayu selain memukul wanita malang itu menggunaka­n penyangkut baju.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 24 tahun terbabit mengunci pintu bilik berikutan bimbang menjadi mangsa kekejaman suami yang kerap memukulnya sebaik pulang dari kerja.

“Namun tindakan mangsa itu membuatkan suspek bertambah marah lalu memecahkan pintu sebelum menumbuk serta menendang wanita terbabit berulang kali,” katanya.

Walaupun mangsa merayu supaya tidak dibelasah namun suspek tidak mengendahk­annya malah mengambil kayu dan penyangkut baju untuk memukul mangsa.

“Suspek memukul mangsa sehingga lembik dan tidak bermaya sebelum meninggalk­annya.

“Mangsa berjaya menghubung­i rakannya sebelum dibantu mendapatka­n rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia