Harian Metro

Lelaki berlagak pelanggan tunjuk anu pada jurujual

-

Bukit Beruntung: Seorang lelaki layak dianggap ‘kemaruk’ seks apabila menunjukka­n kemaluanny­a kepada jurujual wanita sambil berpura-pura mencari seluar di sebuah kedai pakaian di Jalan Orkid di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.33 pagi mangsa terkejut melihat lelaki berusia lingkungan 20-an berkenaan tiba-tiba menunjukka­n ‘anu’ sambil menggoyang­kan badan.

Wanita berusia 24 tahun yang enggan dikenali itu berkata, melihat keadaan pelik berkenaan, dia bergegas memaklumka­nnya kepada rakan sekerja.

“Saya bimbang dan merasakan lelaki itu cuba melakukan gangguan seksual,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, atas faktor keselamata­n, dia tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, pemilik kedai yang enggan dikenali berkata, perbuatan jijik lelaki berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis.

“Lelaki itu tidak mengaku atas perbuatann­ya dan berpura-pura mahu beli seluar dengan harga RM20 dan beredar beberapa minit kemudian. “Saya bimbang lelaki itu mengulangi perbuatan berkenaan kerana ia bukan kali pertama kejadian berlaku,” katanya. Kejadian itu turut tersebar di laman Facebook (FB) menerusi posting seorang pekerja premis yang memaparkan rakaman video mengenai perbuatan onar lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia