Harian Metro

Ditahan merokok dalam pesawat

-

Tawau: Seorang pelancong lelaki warga China ditahan polis selepas merokok dalam tandas pesawat AirAsia yang dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Tawau, kelmarin.

Lelaki berusia 41 tahun dipercayai berasal dari wilayah Yunnan ditahan selepas pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada jam 1.47 tengah hari.

Menurut sumber, sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan menaiki penerbanga­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) menuju Tawau pada jam 11 pagi.

Katanya, jam 12.30 tengah hari, lelaki itu dikatakan pergi ke tandas dan merokok sehingga mengaktifk­an sistem penggera kebakaran.

“Kapten kapal yang meyedari kejadian segera mengarahka­n kru pesawat untuk memeriksa tandas sebelum mendapati seorang lelaki berada di dalamnya dan merokok.

“Kru mengarahka­n lelaki itu berhenti merokok dan mengambil puntung rokok terbabit. Kapten kapal memaklumka­n kejadian kepada Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia Tawau untuk tindakan,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu menaiki pesawat terbabit bersama 10 rakan senegara untuk ke Tawau, sebelum pergi ke Pulau Pom-Pom, Semporna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

“Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Sekysen 100 Peraturan-Peraturan Penerbanga­n Awam 2016 kerana merokok di dalam pesawat,” katanya.

 ??  ?? FADIL
FADIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia