Harian Metro

Polis sudah rakam keterangan 31 saksi

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Penduduk PPR Sri Pantai turut sambut baik cadangan sita kediaman pembaling objek

Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, di sini, menyambut baik cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memasang jaring dan menyita kediaman penduduk jika terdapat bukti mereka membuang sampah atau sebarang objek dari tingkat atas.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai Tusiah Sino berkata, cadangan memasang jaring dan tindakan menyita kediaman itu dilihat satu langkah baik bagi mengurangk­an kemalangan serta vandalisme di kawasan berkenaan.

“Walaupun sudah ditegur dan amaran dikeluarka­n kepada penduduk supaya tidak membaling atau membuang apa-apa objek dari atas, namun arahan itu tetap tidak diendahkan.

“Sebagai pengerusi, saya kesal terhadap penduduk yang ingkar mendengar arahan sehingga berlakunya kejadian yang meragut nyawa

Kuala Lumpur: Polis sudah merakam percakapan 31 saksi membabitka­n penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai dekat sini, berhubung kes seorang remaja maut terkena kerusi yang dibaling dari tingkat 21 perumahan berkenaan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, selain itu, pihaknya sudah mengambil sampel asid deosiribon­ukleik (DNA) daripada lima individu yang dirakam percakapan.

“Sampel DNA pada kerusi berkenaan turut diambil untuk dianalisis bagi membantu siasatan.

“Belum ada tangkapan dibuat dan kes diklasifik­asikan semula daripada Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kematian secara cuai kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada kenyataan, semalam.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an semua pihak supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurka­nnya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superinten­dan Firdaus Sharil di talian 012-3388164 atau 03-90516222 selain Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfield­s, Deputi Superinten­dan Tonny Lunggan di talian 014-6225262.

Pada kejadian jam 8 malam kelmarin, S Sathiwaran, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya maut akibat dihempap kerusi yang dicampak dari tingkat atas Blok 102 PPR Sri Pantai.

Ketika kejadian, mangsa berjalan bersama ibunya, MS Kasthuriba­i, 45, untuk pulang ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit. semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, seorang remaja, S Sathiswara­n, 15, maut selepas terkena kerusi pejabat yang dibuang dari tingkat 21 Blok 102, PPR Sri Pantai.

Sehingga kini, individu yang membuang objek terbabit belum dikenal pasti.

Tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan, semalam, mendapati terdapat banyak longgokan sampah yang dibuang di merata tempat termasuk di setiap aras tingkat dan di kawasan bawah yang dipercayai dibuang dari tingkat atas.

Penduduk, Abdul Hamid Ibrahim, 60, berkata, kurangnya pendidikan sivik menjadi pendorong segelintir penduduk gemar membaling sampah yang dicampak dari tingkat atas.

“DBKL seharusnya kerap melakukan pemantauan di kawasan ini dan memasang jaring atau tembok dengan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

“Ini bukan kejadian kali pertama, malah sebelum ini juga sudah banyak berlaku di mana penduduk terkena objek yang dibaling dari atas seperti botol kaca, bateri kereta, tin, tangga kayu, kunci mangga dan batu bata,” katanya yang menetap di situ sejak 10 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk, Siti Hayati Ramli, 58, berkata, penduduk PPR Sri Pantai perlu mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku dan tidak lagi membaling objek dari tingkat atas.

 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? LONGGOKAN sampah yang dibuang merata tempat di kawasan bawah di PPR Sri Pantai.
FOTO: SADDAM YUSOFF LONGGOKAN sampah yang dibuang merata tempat di kawasan bawah di PPR Sri Pantai.
 ?? Tusiah ?? Langkah baik bagi mengurangk­an kemalangan dan vandalisme di kawasan berkenaan”
Tusiah Langkah baik bagi mengurangk­an kemalangan dan vandalisme di kawasan berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia