Harian Metro

Kes curi kenderaan berkuranga­n selepas penangkapa­n Robin Hai

-

Bangkok: Penangkapa­n Robin Hai atau Nyo Ah Hai, dalang utama kepada sindiket curi kenderaan dengan operasi merentasi sempadan beberapa negara di rantau ini memberikan kesan mendalam terhadap jenayah curi kenderaan di Malaysia.

Menurut Ketua Penolong Pengarah D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia Datuk Khairuldin Saad berkata, jenayah curi kenderaan di Malaysia kini hanya dilakukan oleh kumpulan samseng secara kecil-kecilan.

“Tiada sindiket besar (yang terbabit dalam jenayah curi kenderaan di Malaysia). Selepas penangkapa­n Robin Hai, jenayah curi kenderaan semakin berkuranga­n dan statistik (jenayah terbabit) juga menurun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Penurunan indeks jenayah curi kenderaan di Malaysia turut diperakui oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Selama beberapa tahun, Robin Hai yang memiliki alamat di Pulau Pinang diburu oleh Polis Malaysia, Indonesia dan Singapura, tetapi akhirnya beliau berjaya ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi oleh pihak berkuasa republik Singapura pada Mei 2014.

Menurut laporan media Singapura, beliau dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan oleh mahkamah Singapura pada akhir Jun 2015 selepas mengakui penglibata­nnya dengan sindiket curi kenderaan.

Sejak 2008 hingga 2013 sindiket diketuai oleh Robin itu mencuri sebanyak 176 kereta bernilai RM19 juta.

Khairuldin menganggar­kan kira-kira 25 kenderaan dicuri di seluruh negara setiap hari ketika ini berbanding 60 buah kenderaan dicuri secara purata sehari beberapa tahun sebelum ini, yang membuktika­n kejayaan polis dalam membantera­s jenayah itu.

Polis menurutnya kini menumpukan kepada usaha untuk terus membantera­s saki-baki mereka yang terbabit dalam jenayah curi kenderaan dengan menumpukan kepada usaha-usaha pendakwaan di mahkamah.

“Kita mahu memastikan mereka didakwa di mahkamah. Itu yang kita mahu, seboleh-bolehnya kita mahu mereka didakwa di mahkamah,” katanya dan menambah, polis juga menggunaka­n Akta Pencegahan Jenayah (POCA) terutamany­a bagi kes-kes yang kekurangan bukti.

Menurutnya, walaupun berusaha bersungguh-sungguh untuk membantera­s jenayah curi kenderaan, polis tetap berhadapan dengan cabaran terutama daripada mereka yang sentiasa mencari jalan untuk mengabui jenayah daripada pihak berkuasa. - Bernama

Kulai: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan bersama 192.5 gram dadah dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tepi Sungai, Senai, Johor jam 10.30 pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil maklumat orang ramai dan intipan yang dilakukan sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melakukan serbuan itu.

“Hasil serbuan itu, kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dan pemeriksaa­n di dalam rumah itu membawa kepada penemuan dua plastik.

“Di dalam plastik berkenaan terdapat 12 paket plastik lutsinar yang setiap satu mengandung­i serbuk atau ketulan berwarna putih disyaki heroin seberat 153.5 gram. Selain itu, kami menemui dua paket lutsinar berisi hablur disyaki dadah jenis syabu seberat 39 gram.

“Suspek dan barang rampasan bernilai RM6,000 dibawa pulang ke IPD Kulai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di IPD Kulai di sini, semalam.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Dzulkhairi berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan semua dadah yang dirampas itu boleh diedarkan kepada 200 penagih di sekitar daerah Kulai.

 ??  ?? DZULKHAIRI (dua dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kulai.
DZULKHAIRI (dua dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kulai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia