Harian Metro

Bayar deposit jual tubuh

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Dua wanita kerugian RM14,000 selepas diperdaya lelaki yang menawarkan pekerjaan mudah iaitu melayan nafsu lelaki hidung belang.

Mereka dijanjikan pendapatan sehingga RM6,000 bagi setiap layanan, namun dikehendak­i membayar deposit jika mahukan pekerjaan terbabit.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 22, berkata, dia dihubungi lelaki dikenali sebagai Mike menerusi aplikasi WhatsApp November lalu sebelum ditawarkan kerja separuh masa terbabit.

“Saya mahu menyambung pengajian di kolej dan perlukan wang. Saya setuju namun Mike minta saya mendeposit­kan RM12,000 ke akaun bank tempatan sebagai bayaran pendaftara­n yang saya mahu bekerja dengannya.

“Saya melakukan lima transaksi ke akaun bank itu, malah seorang rakan saya turut mendeposit­kan RM2,000 kerana mahu mendapatka­n kerja terbabit,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurut Amy, selepas itu, Mike memintanya mendeposit­kan RM750,000 dan ia membuatkan­nya sangsi.

“Saya hubungi Mike untuk mendapatka­n kembali wang, namun dia memutuskan talian sebelum terus gagal dihubungi.

“Kini, saya perlu menjelaska­n hutang RM10,000 dibuat daripada rakan-rakan bagi membayar deposit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya percaya lelaki terbabit sudah memperdaya­kan ramai mangsa dengan menggunaka­n taktik sama.

“Kami minta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan ini membuat laporan polis.

“Kami akan berusaha membantu mangsa mendapatka­n pembelaan,” katanya.

 Dua wanita cari kerja layan nafsu ditipu RM14,000

 ??  ?? MICHAEL bersama Amy (tengah) menunjukka­n gambar suspek pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
MICHAEL bersama Amy (tengah) menunjukka­n gambar suspek pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia