Harian Metro

Gandingan mantap AJL32

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Sherry Al-hadad, Alif Satar pengacara malam kemuncak acara prestij di Bukit Jalil

Gabungan mantap dua pengacara popular, Sherry Al-hadad dan Alif Satar bakal menghangat­kan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, bulan depan.

Ini kali pertama mereka berdua berkongsi pentas dalam acara prestij dan cukup dinanti-nantikan peminat muzik tanah air.

Sebelum ini mereka pernah berganding sebagai pengacara Konsert Rocknova, tahun lalu.

Bertemakan Fesyen dan Muzik, AJL32 bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari ini.

Sherry berkata, dia dan Alif sangat teruja diberi tanggungja­wab sebagai pengacara acara gemilang dan prestij ini.

Alif pula berharap gandingann­ya bersama Sherry menghidupk­an acara penuh gilang-gemilang itu.

Sebanyak 12 lagu berentap iaitu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai dinyanyika­n Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurl­ara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

 ??  ?? KAMALANATH­AN bersama 24 guru yang mengikuti program pada Perasmian Program Rintis Global School Leaders Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman.
KAMALANATH­AN bersama 24 guru yang mengikuti program pada Perasmian Program Rintis Global School Leaders Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman.
 ??  ?? ALIF
ALIF
 ??  ?? SHERRY
SHERRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia