Harian Metro

Program kepemimpin­an GSL

-

Klang: Bagi memantapka­n kepemimpin­an guru, 24 sekolah yang diwakili guru besar, pengetua dan guru penolong kanan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menyertai program rintis

(GSL) Malaysia.

Program dua tahun itu bertujuan menyediaka­n pembanguna­n profesiona­l secara berterusan dan menjadi antara cara menarik perhatian murid terhadap guru sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, program itu kali pertama membabitka­n kerjasama antara kementeria­n dengan GSL Malaysia bagi memberi latihan dan penanda aras pengetua atau guru besar menambah baik kepemimpin­an mereka.

“Mereka melalui satu proses kepemimpin­an yang dibuat kementeria­n dan menjadi syarat pertama untuk menjadi guru besar dan pengetua.

“Program ini dilihat memberi impak positif dan menambah baik mutu atau pencapaian sekolah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program itu di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah GSL Malaysia Cheryl Ann Fernado berkata, seramai 75 wakil pemimpin guru sekolah menghadiri program membabitka­n bengkel bulanan dan sesi bimbingan.

“Pelaksanaa­n bengkel yang dikaji 10 bulan memberi fokus cara memimpin dan pengurusan lebih baik.

“Kami percaya sekolah yang menyertain­ya berupaya mempelajar­i dan memperoleh strategi kepemimpin­an baru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia