Harian Metro

Pekebun dijel 8 tahun

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetto.com.my

 Mengaku dua tuduhan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish

Seorang pekebun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi, semalam, atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daish.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Zefrul Hashim, 40, selepas tertuduh menukar pengakuann­ya kepada bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan memberi sokongan, tertuduh dihukum penjara lapan tahun manakala bagi pertuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas, tertuduh dihukum penjara tiga tahun.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan hukuman penjara itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Mac 2017.

Terdahulu, sebelum menjatuhka­n hukuman, Azman berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius termasuk menyimpan gambar orang disembelih dan ditembak hingga pecah kepala. “Kalau ada ibu bapa dan keluarga, jangan bagi alasan nak pergi berjihad, jagalah mereka kerana itu perkara yang paling utama. Allah dah janji siapa yang menjaga ibu bapa dan keluarga dijamin masuk syurga,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Zefrul didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dan Abu Sayyaf dengan cara menggalakk­an atau mendorong seorang individu yang dikenali dengan nama Zahra Alisha untuk meninggalk­an Malaysia bagi menjalanka­n aktiviti kumpulan pengganas melalui perbualan dalam aplikasi media sosial Facebook Messenger atas nama Abu Qaqa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Tingkat Perpaduan 22, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak antara 18 Februari hingga 9 Mac 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia