Harian Metro

Derita bayi lemas ketika dilahirkan

-

Batu Pahat: “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi orang kurang upaya (OKU) kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35, ibu kepada kanak-kanak berusia 17 bulan yang kini terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong di sini.

Beliau berkata, Qaireen Aryana Armeen yang turut ditebuk pada bahagian leher dan perut mengalami kerosakan paru-paru kiri selain salah satu saluran pernafasan­nya tertutup menyebabka­n dia tidak boleh melepaskan topeng oksigen dan perlu memakainya setiap masa.

“Paru-paru kirinya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan dia pun tidak seperti kanak-kanak sebayanya kerana tidak dapat berjalan selain terlantar setiap masa.

“Pembedahan pada usianya yang masih bayi tidak boleh dilakukan kerana risikonya tinggi dan sebab itu selagi belum mencapai tahap memuaskan, anak saya perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan,” katanya ditemui pada Program Menyusur Akar anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong, kelmarin.

Program itu disertai Ahli Parlimenny­a, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Juliana berkata, Qaireen Aryana hanya boleh meminum susu khas pada harga yang mahal.

Katanya, anaknya itu tidak boleh ditinggalk­an dan perlu penjagaan yang rapi setiap masa oleh mereka sekeluarga.

“Kami juga perlu ke Hospital Serdang, Selangor setiap bulan bagi pemeriksaa­n alat pernafasan yang digunakann­ya, adakah berfungsi dengan baik atau tidak.

“Selain itu, kami juga perlu ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk pemeriksaa­n rutin anak bongsu saya ini setiap minggu,” katanya.

Juliana yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, perbelanja­an bulanan anaknya itu mencecah RM500 sebulan dan suaminya, Armean Mohd Mokhtar, 38, pula bekerja sendiri sebagai pengimpal.

Katanya, mereka yang mahu menyampaik­an sumbangan boleh melakukann­ya melalui akaun Maybank Juliana Mohd Sapuan 1514271429­04 atau menghubung­inya di talian 012-7938485.

Dalam pada itu, Noraini berkata, pihaknya akan berurusan dengan JKM dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk tindakan selanjutny­a.

Kami juga perlu ke Hospital Serdang, Selangor setiap bulan bagi pemeriksaa­n alat pernafasan yang digunakann­ya, adakah berfungsi dengan baik atau tidak”

Juliana

 ??  ?? JULIANA merawat Qaireen yang terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong akibat paru-paru kirinya rosak.
JULIANA merawat Qaireen yang terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong akibat paru-paru kirinya rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia