Harian Metro

Mohon anak panda

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Malaysia akan cuba mendapatka­n hak pemilikan daripada China berhubung anak kedua panda daripada pasangan Xing Xing dan Liang Liang yang baru dilahirkan pada 14 Januari lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sedang melihat syarat perjanjian terdahulu dengan kerajaan Republik China dan akan memohon untuk mendapatka­n hak pemilikan anak panda berkenaan.

“Kelahiran baru ini adalah anak kedua daripada pasangan spesies berkenaan dan anak pertama mereka, Nuan Nuan, kita sudah serahkan semula kepada China mengikut perjanjian yang sudah termeterai pada 2012.

“Bagaimanap­un, melihat perkembang­an terbaru haiwan ini iaitu kelahiran anak panda pada minggu lalu, kita merasakan ada keperluan untuk kita mohon hak pemilikan.

“Namun, terdapat dua aspek yang perlu kita pertimbang­kan iaitu kepakaran teknikal dan faktor kewangan. Jika anak panda ini diberikan pemilikan kepada kita, sudah pasti kita perlu mewujudkan ruang rayau khas untuknya dan ini membabitka­n belanja yang besar,” katanya dalam sidang media di Kompleks Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara, semalam. Beliau berkata, bagi aspek teknikal pula, perkara itu bukan lagi perkara besar memandangk­an sepanjang empat tahun pusat konservasi ini beroperasi, ia sudah melahirkan dua anak panda secara semula jadi berbanding pusat penjagaan lain di seluruh dunia.

 Xing Xing dan Liang Liang dapat anak kedua 14 Januari lalu

 ??  ?? PENGUNJUNG mengambil peluang bergambar dengan Xing Xing yang melahirkan anak pada 14 Januari lalu di Kompleks Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, semalam.
PENGUNJUNG mengambil peluang bergambar dengan Xing Xing yang melahirkan anak pada 14 Januari lalu di Kompleks Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia