Harian Metro

Kepala nelayan tersembam dalam air

-

Dungun: “Saya menghampir­i bot mangsa untuk tengok hasil tangkapan diperoleh tetapi ketika itu arwah tidak sedarkan diri,” kata Mohd Rozaimi Mohd Rosli, 21.

Pemuda itu menemui Deris Said, 56, nelayan yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika mengutip hasil tangkapann­ya di Sungai Delong di sini, kelmarin.

Deris ditemui dalam bot gentian kaca miliknya dalam keadaan kepala tersembam di air, jam 10.30 malam.

“Saya terkejut apabila arwah tidak bergerak walaupun beberapa kali mengejutka­nnya,” katanya.

Sebelum itu, mangsa ke sungai berkenaan untuk mengutip hasil tangkapan selepas memasang joran, jam 2.30 petang.

Deris bersendiri­an ke sungai berkenaan, jam 10 malam.

Mohd Rozaimi berkata, dia ketika itu menggunaka­n bot untuk memeriksa hasil tangkapann­ya sebelum ternampak bot milik arwah di sungai.

“Saya terus pecut bot pulang ke pangkalan dan memaklumka­n keadaan Deris kepada rakan nelayan lain bagi mendapatka­n bantuan. Kami melaporkan kejadian itu kepada polis. Saya dan beberapa rakan lain bergegas ke lokasi untuk membawa Deris naik ke darat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah mengesahka­n kematian nelayan berkenaan.

Menurutnya, polis membawa mayat mangsa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum dituntut keluargany­a.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung jenazah Deris (gambar kecil) yang ditemui mati di atas bot ketika menahan joran di Sungai Delong.
ANGGOTA polis mengusung jenazah Deris (gambar kecil) yang ditemui mati di atas bot ketika menahan joran di Sungai Delong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia