Harian Metro

Halang peralat budak kutip derma

-

Melaka: Kerajaan negeri akan menguatkua­sakan halangan mengutip derma terutama membabitka­n kanak-kanak pada waktu malam.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, mana-mana organisasi yang mahu mengutip derma perlu mendapatka­n permit daripada pihak polis dan tidak boleh membabitka­n kanak-kanak atau remaja berumur bawah 18 tahun.

“Kutipan sumbangan juga adalah budaya kita sejak dulu dilakukan mana-mana organisasi bagi mengumpul dana. Namun kini menjadi gejala yang tidak sihat kerana ramai kanak-kanak mengutip derma, sekali gus mengganggu tumpuan pembelajar­an mereka di sekolah.

“Untuk

mengutip derma, mereka atau organisasi perlu ada permit dari polis dan jika mereka ingkar, orang yang melakukan kutipan derma meskipun kanak-kanak akan diambil tindakan.

“PBT akan meneliti undang-undang kecil yang membolehka­n golongan itu ditahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, semalam.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia