Harian Metro

Bisnes kosmetik menjadi

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Nik Amirah Graduan Usahawan Cemerlang PKB 2017

Usaha dan iltizam selain bijak menguasai ilmu perniagaan membolehka­n Nik Amirah Syahmimi Nik Mahmood, 24, dinobatkan penerima Anugerah Graduan Usahawan Cemerlang, Politeknik Kota Bharu (PKB) 2017.

Graduan Diploma Pengajian Perniagaan PKB pada 2014 itu kini bergelar usahawan kosmetik muda dengan produk Demica dikeluarka­n sudah menembusi pasaran negara luar termasuk Singapura.

Nik Amirah Syahmimi berkata, dia menimba ilmu mengenai asas keusahawan­an hingga ke China ketika masih menuntut di PKB, sekali gus menjadi titik tolak terhadap kejayaan dikecapiny­a kini.

“Latar belakang keluarga yang bukan daripada orang senang mendorong saya berdikari dan mencari wang tambahan ketika masih belajar. Ketika itu, saya banyak menjual barangan secara dalam talian seperti baju dan tudung.

“Dengan pendapatan diperoleh itu, saya gunakan untuk menampung wang belanja selain membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Alhamdulil­lah, kini saya sudah bergelar usahawan dan mampu mengeluark­an produk kosmetik sendiri. Ibu bapa dan suami banyak mendorong kejayaan saya,” katanya selepas Majlis Anugerah Keusahawan­an PKB 2017 di sini, kelmarin.

Selain Nik Amirah Syahmimi, penuntut semester lima Diploma Pengajian Perniagaan, Mohd Azreen Shahiran Kamarulzam­an, 22, menerima Anugerah Pelajar Usahawan Cemerlang.

Kedua-dua mereka membawa pulang plak dan sijil penghargaa­n disampaika­n Pengarah PKB Noor Azahan Othman.

 ??  ?? NIK Amirah Syahmimi bersama Mohd Azreen pada Majlis Anugerah Keusahawan­an PKB 2017.
NIK Amirah Syahmimi bersama Mohd Azreen pada Majlis Anugerah Keusahawan­an PKB 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia