Harian Metro

Pelajar UniSZA ke Ireland

-

Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, akan menghantar pelajar dan tenaga pengajar termasuk penyelidik­nya ke Institut Teknologi Anthlone (AIT), Ireland.

Kerjasama strategik dengan AIT itu bertujuan mengembang­kan aktiviti pendidikan antara kedua-dua negara menerusi memorandum persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani UniSZA dengan institut berkenaan.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latiff berkata, bidang kerjasama yang akan diberikan tumpuan adalah berkaitan pertukaran pelajar antara kedua-dua pusat pengajian serta pertukaran tenaga pengajar dan penyelidik.

“Kerjasama ini membabitka­n pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan serta kesepakata­n dalam persidanga­n antarabang­sa,” katanya ditemui selepas majlis menandatan­gani MoU antara UniSZA dan AIT di sini, kelmarin.

Hadir sama Presiden AIT Prof Ciaran O Cathain dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniSZA Brig Jeneral Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussein.

 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmad bertukar dokumen dengan O Cathain.
DR Ahmad bertukar dokumen dengan O Cathain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia