Harian Metro

Kerjasama UKM-RCSEd

-

Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar sejarah tersendiri dengan pembukaan Pejabat Antarabang­sa Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd) yang pertama di dunia sejak 513 tahun penubuhann­ya di Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, semalam.

Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Nor Azlan Ghazali berkata, pembukaan pejabat antarabang­sa yang pertama di luar United Kingdom itu cukup bersejarah bukan saja untuk UKM tetapi negara khususnya dalam sektor perubatan.

“Pusat ini juga melatih pakar bedah di seluruh dunia menjalanka­n latihan pembedahan secara moden dengan menggunaka­n sistem simulator berkompute­r bagi mengawal segala mesin atau peralatan bedah,” katanya selepas Majlis Perasmian Pejabat Antarabang­sa RCSEd di sini, semalam.

Majlis perasmian pejabat antarabang­sa itu disempurna­kan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor UKM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia