Harian Metro

Dua wanita tawar seks dijel 6 bulan

-

Dua wanita tukang urut warga Thailand dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas kesalahan menawarkan khidmat seks di sebuah premis urut awal bulan ini.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhka­n hukuman itu terhadap Tanang Aruni, 49, dan Chan Cherngchai, 44, selepas kedua-dua mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa niat curang mencari pelanggan bagi maksud persundala­n di premis Sawadikap Urut Tapak Kaki Refleksolo­gi No 67, Lorong 2, Kampung Berjaya Jalan Putra, di sini, pada 2 Januari lalu, 5.30 petang.

Kesalahan mengikut Seksyen 372B, Kanun Keseksaan itu jika disabit boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia