Harian Metro

Duda didakwa bunuh penjual ikan

-

Tanjung Malim: Seorang duda berusia 47 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang penjual ikan pada 8 Januari lalu.

Tertuduh, Zulkafli Abdullah, 47, dituduh membunuh Roslli Zulkharnai­n Kamaruddin, 30, yang meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Slim River akibat kecederaan parah selepas ditikam di perut menggunaka­n sebilah pisau.

Zulkafli didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 pagi, di hadapan sebuah rumah di Taman Slim Permai, Slim River 8 Januari lalu.

Duda anak empat itu didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Slim River.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aza Fyreen Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh berpakaian lokap warna ungu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi menaiki kenderaan polis dan dikawal ketat sebelum dibawa keluar kira-kira 30 minit kemudian selepas pendakwaan selesai.

Pada 8 Januari lalu, media melaporkan masalah cinta dipercayai punca pergaduhan hingga menyebabka­n seorang lelaki maut ditikam di Taman Slim Permai, Slim River.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Roslli Zulkharnai­n Kamaruddin, 30, parah akibat tikaman pada perut dan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia