Harian Metro

Dua jam 306 saman

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Polis bertindak ke atas kenderaan di parkir susur masuk KLIA

Polis mengeluark­an 306 saman pada Operasi Penguatkua­saan dan Halangan Lalu Lintas yang dijalankan di sepanjang susur masuk ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di sini, malam kelmarin.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah itu membabitka­n sejumlah pegawai dan anggota Cawangan Trafik dan MPV IPD KLIA.

Zulkifli berkata, operasi yang bermula jam 9 malam itu dilaksanak­an atas arahan dikeluarka­n Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pada Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kelmarin.

“Operasi selama dua jam di sepanjang jalan berhampira­n stesen minyak susur masuk ke kawasan terminal KLIA dan klia2 mengeluark­an 306 saman ke atas pemandu yang menunggu dan meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“Selain tindakan saman, kami juga memberi nasihat kepada pemandu berkenaan supaya menggunaka­n kemudahan parkir percuma sebagai tempat menunggu yang disediakan pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang masih berdegil tanpa memikirkan keselamata­n pengguna jalan raya lain.

“Antara tindakan yang akan dilaksanak­an termasuk menunda kenderaan yang ditinggalk­an di bahu jalan sepanjang kawasan terminal KLIA dan klia2.

“Tindakan pemandu yang meninggalk­an kenderaan mereka di bahu jalan ini mengganggu kelancaran lalu lintas dan menyusahka­n pengguna lain,” katanya.

Menurutnya, tindakan pemandu berkenaan juga secara tidak langsung memberi imej buruk terhadap KLIA dan klia2 sebagai pintu masuk utama terutama di mata pelancong luar negara.

Kelmarin, Mazlan mengarahka­n kenderaan awam atau persendiri­an yang diparkir secara haram dan menunggu di tepi jalan berhampira­n sebuah stesen minyak susur ke KLIA dan klia2 akan ditunda ke balai polis, selain dikenakan saman. Polis selesai menjalanka­n siasatan dan dijangka mendakwa teman lelaki kepada ibu kanak-kanak dua tahun tiga bulan yang mati didera di Kulai, Johor, 3 Januari lalu, di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah

Kulai Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 23 tahun dan tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kami membebaska­n ibu dan nenek mangsa berusia 18 dan 56 tahun, hari ini. Mereka berdua dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan kes berkenaan,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai oleh ibunya jam 7.30 malam dalam keadaan tidak bernafas dan terdapat pendarahan di kedua-dua telinganya.

Selain itu, terdapat kesan lebam lama di belakang badan mangsa dan takungan air di kerongkong­nya.

Kedua-dua suspek ditahan polis di hospital berkenaan jam 8 malam pada hari kejadian.

 ?? Zulkifli Adamshah ?? Operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang masih berdegil tanpa memikirkan keselamata­n pengguna jalan raya lain”
Zulkifli Adamshah Operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang masih berdegil tanpa memikirkan keselamata­n pengguna jalan raya lain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia