Harian Metro

Medan selera lubuk edar dadah

-

Medan selera dan kedai makan dijadikan lokasi buat duit oleh pengedar ganja di sini, sebelum kegiatan mereka dikesan dan ditahan polis, kelmarin.

Dalam kejadian jam

8.15 malam itu, lelaki yang juga pengedar dadah dicekup polis bersama 51 peket ganja dalam satu serbuan di sebuah medan selera di Alma, di sini.

Dalam serbuan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) menyerbu kawasan berkenaan sebelum menahan seorang lelaki berusia 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati, suspek memegang satu bungkusan plastik lut sinar yang di dalamnya mengandung­i 51 peket lut sinar berisi daun kering dipercayai ganja.

Menurutnya, suspek kemudian ditangkap dan barang kes dirampas bagi siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n dadah dan jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia