Harian Metro

‘Kenyataan ditokok tambah’

-

Kuala Lumpur: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menafikan mengeluark­an kenyataan yang bersifat hasutan dan perpecahan rakyat di negara ini pada Konvensyen Kebangkita­n UMMAH (KKU) di Pusat Islam Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Sekretaria­t UMMAH Aminuddin Yahya berkata, pihaknya kecewa dengan laporan segelintir portal berita yang cuba memburukka­n usaha UMMAH menyatupad­ukan umat Melayu Islam di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu berlaku dengan cara memetik sebahagian ucapan pembentang konvensyen yang dihadiri 1,500 pimpinan aktivis dan menjadikan­nya tajuk berita yang lari daripada konteks sebenar disampaika­n pembentang terbabit.

“UMMAH menafikan ketiga-tiga intipati laporan berita portal berkenaan kerana ucapan pembentang dipetik secara salah serta menokok tambah perkara yang sebenarnya tidak disebutkan sehingga menyelewen­g dari konteks yang dimaksudka­n.

“Tindakan wartawan terbabit yang menokok perkataan hanya menyebabka­n fitnah dan kezaliman terhadap Ustaz Ismail (Pengerusi UMMAH, Ismail Mina Ahmad).

“Kesan daripadany­a, banyak rencana dan tulisan itu kemudian diterbitka­n di pelbagai portal dalam talian, sekali gus menyerang Ustaz Ismail secara salah dan tidak adil,” katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Ismail di Taman Melawati, dekat sini, semalam.

Menurut Aminuddin, konteks sebenar yang dibentangk­an Ismail adalah untuk mengingatk­an kembali orang Melayu terhadap pengorbana­n dan perjuangan mereka pada zaman dulu ketika memerangi penjajahan.

Beliau turut membangkit­kan peristiwa orang Melayu yang berjuang menentang Bintang Tiga sebagai satu episod yang sangat pedih dalam memori kolektif orang Melayu yang tidak wajar dilupakan generasi hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, dia tidak akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparka­n. Tidak sampai sehari meninggalk­an rumahnya, seorang suri rumah kerugian RM50,000 selepas kediamanny­a di Taman Sabariah di sini, dmasuki pencuri.

Kejadian berlaku petang kelmarin dan disedari mangsa berusia 37 tahun, jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika pulang, mangsa terkejut melihat pintu pagar rumahnya terbuka.

“Mangsa keluar rumah pagi sebelum pulang jam 7.30 petang dan terkejut melihat pintu pagar rumah terbuka. Mangsa masuk ke dalam dan mendapati kunci jeriji dipotong dan pintu gelongsor utama mempunyai kesan umpilan.

“Keadaan dalam rumah berselerak dan pintu bilik tidur termasuk bilik anaknya turut berterabur. Mangsa menyedari beberapa barangan berharga hilang termasuk tiga jam iaitu jam tangan, jam poket dan jam dinding jenama Omega, Tissot dan Rolex selain beg tangan, televisyen, beberapa pasang kasut dan barangan lain dianggarka­n RM50,000,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, jam 9.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan.

 ??  ?? ISMAIL (duduk, tengah) pada sidang media khas di Taman Melawati.
ISMAIL (duduk, tengah) pada sidang media khas di Taman Melawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia