Harian Metro

Ekuinas lupus ekuiti Tenby

-

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mengumumka­n pelupusan keseluruha­n kepentinga­n ekuitinya yang berjumlah 100 peratus dalam Tenby Education Group (Tenby) kepada Internatio­nal Schools Partnershi­p (ISP).

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, pihaknya berpuas hati selepas lapan tahun beroperasi, inisiatif pelupusan mereka sedang berkembang pesat untuk mempercepa­tkan proses merealisas­i pelaburan kumpulan.

“Masa dan iklim ekonomi adalah bersesuaia­n bagi kami melupuskan Tenby kerana ia membolehka­n Ekuinas menjana pulangan yang positif untuk mengekalka­n prestasi dana terbabit.

“Melalui pelupusan ini, Ekuinas akan menampung kos pelaburan asalnya dan menjana pulangan positif sebanyak 45.7 peratus bersamaan 2.5 kali modal dilaburkan, termasuk dividen yang sudah diterima,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Ekuinas Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, pelupusan itu dilaksanak­an selaras dengan strategi pelaburan berhemat Ekuinas untuk memastikan pulangan positif.

Tenby yang ditubuhkan di Ipoh pada 1960 adalah kumpulan pendidikan swasta terkemuka di Malaysia yang menawarkan kurikulum kebangsaan dan antarabang­sa swasta di enam kampusnya di Ipoh, Pulau Pinang, Miri, Setia Alam, Johor Bahru dan Semenyih.

 ??  ?? SYED Yasir Arafat
SYED Yasir Arafat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia