Harian Metro

ARIM unjur RM400 juta langganan ARSCMF tahun ini

-

Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad melalui anak syarikatny­a, AmanahRaya Invesment Management Sdn Bhd (ARIM) menyasarka­n RM400 juta Dana Pengurusan Tunai Syariah AmanahRaya (ARSCMF) akan dilanggan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad Adenan Md Yusof berkata, sejak diperkenal­kan pada Oktober 2017, dana itu menerima sambutan begitu memberangs­angkan daripada pelanggan.

Katanya, setakat ini saiz dana ARSCMF mencecah RM206 juta.

“Dana baru ini sangat unik kerana ia bukan saja memberi pulangan lebih tinggi daripada simpanan biasa, malah berjangka pendek iaitu mudah dicairkan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj. “ARSCMF disasarkan kepada semua peringkat golongan termasuk agensi kerajaan, pengusaha, peruncit dan individu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran ARSCMF di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Raya Berhad Tan Sri Sabbaruddi­n Chik dan Pengarah Urusan ARIM Meor Khairi Bazid.

Adenan berkata, pihaknya menjangkak­an pulangan kira-kira 3.6 peratus setahun dan jumlah minimum pelaburan bagi ARSCMF adalah RM1,000.

Sementara itu, Meor Khairi berkata, berikutan banyak permintaan bagi pengurusan tunai jangka pendek ini, ARIM memperkena­lkan dana barunya yang direka secara unik untuk memberi manfaat dan pengalaman kepada pelabur dan pengusaha.

“Di bawah ARIM, kami mempunyai lima produk termasuk dana baru ini, unit amanah, bon dan pengurusan tunai konvension­al serta mandat terus untuk nilai pelaburan beratus juta,” katanya.

 ??  ?? SABBARUDDI­N (enam dari kiri) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah Amanahraya pada majlis Pelancaran ARSCMF di Kuala Lumpur, semalam.
SABBARUDDI­N (enam dari kiri) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah Amanahraya pada majlis Pelancaran ARSCMF di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia