Harian Metro

Jual 500 unit sebulan

MMM optimis capai sasaran dengan pengenalan model terbaru Triton Athlete

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (MMM) pengedar utama kenderaan Mitsubishi di Malaysia menyasarka­n jualan 500 unit sebulan tahun ini untuk model trak pikap Triton dengan pengenalan model terbaru Triton

Athlete.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Tomoyuki Shinnishi berkata, model itu adalah varian tertinggi untuk Triton dan dijangka menyumbang kepada pertambaha­n angka jualan serta perkongsia­n pasaran mereka tahun ini.

“Trak pikap ini sesuai bagi keperluan gaya hidup dan kegunaan dalam bandar dengan

ciri lebih sporty serta bergaya,” katanya di sini, semalam.

Model yang dilengkapi enjin 2.4 liter Mivec diesel turbo DI-D common Rail

VGT itu menjana kuasa 181 PS pada 3,500 rpm dan tork 430 Nm pada 2,500 rpm.

Antara sentuhan baru ialah bampar hadapan dipadankan dengan jeriji corak honeycomb, wheel arches, tangga sisi, bampar belakang, pemegang pintu, rim aloi 17 inci dan cermin sisi berwarna hitam.

Bahagian dalaman dihiasi warna hitam dan oren dengan kerusi kulit pada pelapik lantai edisi khas Athlete serta tombol gear kulit, konsol tengah dan roda stereng.

Untuk sistem hiburan dan multimedia, ia dipasang dengan skrin sesentuh yang menyokong aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.

“Tahun lalu kami mencatatka­n jualan keseluruha­n melebihi 7,000 unit dan jika dibandingk­an pada 2016 terutama trak pikap, ia mengalami penurunan 10 peratus,” katanya.

Bagi meningkatk­an unjuran jualan, MMM pada Oktober lalu mengkaji semula varian model Triton dalam pasaran serta memutuskan untuk menurunkan harga sekitar dua hingga tiga peratus bagi tawaran harga berpatutan kepada pengguna.

Kini tujuh varian ditawarkan dan harga jualan Mitsubishi Triton Athlete ialah RM126,990 (Termasuk GST atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun jaminan atau 200,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu dengan satu pilihan warna iaitu hitam.

 ??  ?? DUTA MMM Leona Chin bersama trak pikap Triton Athlete yang dilancarka­n,
semalam.
DUTA MMM Leona Chin bersama trak pikap Triton Athlete yang dilancarka­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia