Harian Metro

Pendaki profesiona­l ditemui mati tergantung

-

Kemerovo (Russia): Pihak polis menyiasat kematian misteri seorang pendaki profesiona­l yang ditemui mati tergantung dan diliputi ais di sebuah bumbung asrama di sini, baru-baru ini.

Yevgeny Tikhonov, 26, pendaki industri yang diupah memanjat bangunan tinggi untuk membaiki kerosakan.

Walaupun kematian Tikhonov dianggap misteri, pihak berkuasa menolak lelaki itu mati akibat membunuh diri.

Mayat Tikhonov ditemui tergantung pada ketinggian 20 meter di atas bumbung sebuah asrama pelajar di Anzhero-Sudzhensk yang terletak kira-kira 105 kilometer dari utara Kemerovo di Siberia.

Ketika ditemui, ais dilihat keluar pada kakinya manakala kepalanya diliputi ais dan salji.

Keadaan itu menunjukka­n kemungkina­n mayat mangsa tergantung di atas bumbung itu untuk satu tempoh masa yang lama.

Sebelum mayat lelaki itu ditemui, suhu pada waktu malam di bandar itu mencatatka­n bacaan negatif 27 darjah celsius.

Sementara itu, polis memberitah­u, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN mayat Tikhonov yang ditemui mati tergantung dengan sebahagian kepala dan kakinya diliputi ais. - Agensi
KEADAAN mayat Tikhonov yang ditemui mati tergantung dengan sebahagian kepala dan kakinya diliputi ais. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia