Harian Metro

7 ditembak mati

- Reuters

 Polis lepaskan tembakan selepas perhimpuna­n bertukar rusuhan

Polis Myanmar menembak mati tujuh penunjuk perasaan dengan 12 orang lagi cedera, selepas satu perhimpuna­n meraikan kerajaan kuno Arakan di negeri Rakhine bertukar ganas.

Setiausaha kerajaan Rakhine, Tin Maung Swe berkata, perhimpuna­n berlangsun­g di bandar Mrauk U kelmarin sempena berakhirny­a kerajaan Arakan lebih 200 tahun lalu.

Perhimpuna­n ganas itu menekankan cabaran dihadapi pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, di mana puluhan kumpulan etnik mendesak diberikan kuasa autonomi sejak negara itu mendapat kemerdekaa­n daripada British pada 1947.

Menurut Maung Swe, 4,000 penduduk beragama Buddha berkumpul di sebuah bangunan kerajaan selepas upacara tahunan itu.

Bagaimanap­un, penganjur tidak mendapatka­n kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan perhimpuna­n terbabit.

“Polis pada mulanya menggunaka­n peluru getah tetapi orang ramai enggan beredar menyebabka­n mereka melepaskan tembakan. Kejadian berlaku apabila beberapa orang cuba merampas pistol daripada polis,” katanya.

Seorang ahli Parlimen Mrauk U, Tun Ther Sein berkata, beberapa penunjuk perasaan yang parah dibawa ke hospital di ibu negeri, Sittwe.

 ??  ?? SEKUMPULAN penduduk meratapi kematian ahli keluarga mereka yang ditembak polis Myanmar dalam rusuhan di negeri Rakhine, semalam. - AFP
SEKUMPULAN penduduk meratapi kematian ahli keluarga mereka yang ditembak polis Myanmar dalam rusuhan di negeri Rakhine, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia