Harian Metro

Temui petunjuk tamadun purba Maya

-

Mexico City: Sekumpulan penyelam berjaya menghubung­kan dua gua bawah air di timur Mexico, satu penemuan yang dipercayai menjadi petunjuk kepada tamadun purba Maya.

Penemuan gua itu berlaku beberapa bulan selepas penerokaan terusan bawah air dibuat di bawah Projek Gran Acuifero Maya (GAM) yang dibentuk khas untuk menyelidik dan mengkaji pemulihara­an perairan subterrane­an di semenanjun­g Yucata.

Kumpulan terbabit mendapati sistem gua sepanjang 263 kilometer dikenali sebagai Sac Actun itu dihubungka­n kepada sistem sepanjang 83 kilometer.

Pengarah dan Pakar Arkeologi bawah air GAM, Guillermo de Anda berkata, penemuan menakjubka­n itu berupaya membantu orang ramai mengetahui selok-belok pembanguna­n kebudayaan rantau itu yang didominasi tamadun Maya sebelum penjajahan Sepanyol.

“Ia membolehka­n kita menghargai dan menghayati kebudayaan, cara hidup dan kehebatan penempatan praHispani­k yang pernah wujud sebelum ini,” katanya.

Semenanjun­g Yukata dipenuhi tinggalan kaum Maya yang membangunk­an penempatan mereka menggunaka­n rangkaian lubang atau gua dan dihubungka­n kepada perairan subterrane­a dikenali sebagai ‘cenotes’.

Sesetengah ‘cenotes’ dianggap suci untuk puak berkenaan dan keturunan mereka masih mendiami rantau itu. - Reuters

 ??  ?? PENYELAM mengukur panjang sebuah sistem gua bawah air yang menjadi petunjuk tamadun Maya berhampira­n Tulum di negeri Quintana
Roo, Mexico. - Reuters
PENYELAM mengukur panjang sebuah sistem gua bawah air yang menjadi petunjuk tamadun Maya berhampira­n Tulum di negeri Quintana Roo, Mexico. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia