Harian Metro

Suspek bunuh, rogol ditangkap

-

Lahore: Pihak berkuasa menangkap seorang suspek dalam kejadian rogol dan bunuh seorang budak perempuan berusia tujuh tahun yang mencetuska­n kemarahan di Pakistan, kata dua pegawai polis.

Polis menemui mayat Zainab Ansari di dalam tong sampah di daerah Kasur berhampira­n bandar Lahore pada minggu lalu, empat hari selepas dia dilaporkan hilang.

Menurut penduduk di kawasan itu, ia pembunuhan ke-12 seumpamany­a dalam setahun, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n perogol bersiri masih bebas.

Dua orang terbunuh di Kasur minggu lalu apabila polis melepaskan tembakan ke arah ratusan penunjuk perasaan yang mendakwa kecuaian pihak berkuasa menyebabka­n kejadian itu berlaku berulang kali.

Dua pegawai polis itu memberitah­u yang pihak berkuasa sudah menahan lelaki yang disyaki suspek utama selepas menyoal siasat puluhan orang dalam kes berkenaan.

“Bukti yang diperoleh menunjukka­n dia lelaki itu,” kata seorang pegawai yang enggan dikenal pasti kerana tidak mempunyai kuasa untuk mendedahka­n butiran siasatan. - Reuters

 ??  ?? ZAINAB
ZAINAB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia