Harian Metro

Trump tak gila

Laporan kesihatan sahkan presiden AS itu sihat

-

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental dan dijangka kekal cergas sepanjang tempoh pentadbira­nnya, kata doktor.

Dr Ronny Jackson pada sesi taklimat media berhubung pengumuman laporan itu berkata, kesihatan presiden berusia 71 tahun itu amat memuaskan.

“Semua data menunjukka­n beliau sihat dan akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbira­nnya.

“Trump mempunyai gen hebat dan Tuhan menjadikan beliau begitu,” katanya yang bertugas sebagai doktor di Rumah Putih.

Jackson berkata, Trump yang baru-baru ini berhadapan spekulasi mengenai kecergasan mentalnya, meminta ujian kognitif dijalankan ke atasnya dan hasil pemeriksaa­n menunjukka­n tahap kesihatann­ya amat memuaskan.

“Saya rasa dia melihat pemeriksaa­n kesihatan ini sebagai peluang untuk menyangkal dakwaan.

“Trump tidak bimbang kerana tiada apa yang hendak disembunyi­kan,” katanya.

Menurutnya, dalam ujian Penilaian Kognitif Montreal, Trump memperoleh mata penuh iaitu 30/30.

“Dia jelas tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental,” katanya.

Selain itu, Jackson berkata, berdasarka­n pengetahua­nnya, ini adalah kali pertama presiden yang masih berkhidmat menjalani penilaian seumpama itu.

Sebelum ini timbul spekulasi mengenai tahap kesihatan mental pemimpin itu selepas dia beberapa kali dilihat bersikap luar biasa . - AFP

 ??  ?? T RUM P
T RUM P

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia