Harian Metro

CHEN LONG, LIN DAN TEWAS

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Dua jaguh perseorang­an China ‘tapau’ awal di Masters Malaysia

Pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long mengaku kecewa dengan permulaan hambar untuk musim 2018 apabila ditunjukka­n jalan keluar seawal pusingan pertama Masters Malaysia, semalam.

Bintang perseorang­an lelaki China itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-17, 21-15 di Arena Axiata Bukit Jalil.

Bagi Chen Long, ia bukanlah permulaan yang diharapkan untuk kejohanan pertama 2018 apatah lagi dia pernah memenangi gelaran juara di Malaysia.

“Memang kecewa kerana saya mengharapk­an sesuatu yang positif untuk kejohanan pertama 2018. Namun, saya gagal beraksi pada tahap terbaik hari ini selain keputusan pengadil yang saya rasakan tidak betul.

“Sepanjang 20 tahun beraksi dalam kejohanan kompetitif, belum pernah saya melakukan servis pendek tetapi dibatalkan. Keputusan pengadil ini sedikit sebanyak menjejaska­n rentak keseluruha­n permainan saya hari ini,” kata Chen Long yang menjuarai Terbuka Malaysia 2015. Sementara itu, juara dunia lima kali, Lin Dan

(gambar)

kalah di pusingan pertama Malaysia Masters, semalam menimbulka­n persoalan mengenai komitmen yang perlu dipenuhi pemain utama terhadap peraturan baharu kejohanan ditetapkan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

“Pemain utama hanya akan memberi fokus kepada

kejohanan utama seperti Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Sukan Asia dan Seluruh England.

“Kamu tidak boleh harap pemain utama mampu memberi aksi terbaik dalam setiap kejohanan,” kata Lin Dan yang tewas kepada pemain Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa 16-21, 21-18, 17-21 di Arena Axiata Bukit Jalil, semalam.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? CHEN Long
FOTO: CHEN Long
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia