Harian Metro

Igauan ngeri lawan

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Siti Zulaika tidak gentar reputasi hebat TLHT

Penggempur baru Blue Warrior, Siti Zulaika Hussin sudah bersedia untuk menggegar saingan Liga Hoki Wanita Malaysia apabila pasukannya turun menentang juara bertahan, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) di Stadium Tun Razak, hari ini.

Penyerang berusia 17 tahun itu jelas berada pada tahap terbaik menjelang penampilan sulungnya apabila meledak dua gol dan membuat satu bantuan jaringan ketika skuad hoki wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mencatat dua kemenangan aksi pramusim ke atas KL Vipers 3-1 dan UiTM KPT 2-0.

Malah, dia juga diturunkan sebagai penyerang utama dalam kedua-dua aksi itu selepas mula mencipta nama bersama Pahang pada saingan Piala Razak 2017 sehingga mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad hoki negara.

“Memang agak terkejut kerana jurulatih (Zulkhairi Ariffin) terus meletakkan kepercayaa­n kepada saya untuk beraksi sebagai penyerang utama pada dua aksi pramusim dan saya berjanji akan membalas kepercayaa­n ini dengan menampilka­n aksi terbaik.

“Sasaran peribadi saya adalah untuk menjaringk­an gol dalam setiap perlawanan liga musim ini,” katanya.

Katanya, meskipun masih baru dalam pasukan tetapi dia perlahan-lahan sudah menyesuaik­an diri bersama skuad naib juara musim lalu itu menerusi kehadiran beberapa rakan pasukan kebangsaan. “Mula-mula datang sini saya agak kekok tetapi selepas dua minggu menyertai latihan dan mendapat sentuhan, perlahan-lahan saya mendapat semangat dan kini saya bersemanga­t untuk beraksi pada perlawanan hari ini.”

PDRM yang pada awalnya dilaporkan mahu menarik diri, turut diperkuatk­an kehadiran tiga bekas pemain India iaitu Ritu Rani, Narender Kaur dan Reena Rani dengan satu-satunya pemain kebangsaan baru yang disambar mereka adalah pertahanan dari Sabah, Nor Asfarina Isahyifika Issahidun.

Dengan tumpuan terarah kepada penampilan sulung tiga pemain import dari India itu, ketajaman Zulaika harus menjadi igauan buat pertahanan TLHT yang dikemudi kapten negara, Siti Nor Amarina Ruhani bersama Juliani Din.

 ??  ?? SITI Zulaika (kanan) berada di tahap terbaik menjelang saingan liga.
SITI Zulaika (kanan) berada di tahap terbaik menjelang saingan liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia