Harian Metro

Muka baru mampu lonjak TSG

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kapten Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh (gambar) percaya kehadiran muka baru akan mampu membantu melonjakka­n pasukan berstatus benua itu, tahun ini.

TSG meletakkan sasaran untuk kembali muncul antara lima pasukan terbaik Jelajah Asia kelolaan Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) musim ini selepas berada pada kedudukan ke-12 tahun lalu.

Selain mengekalka­n bekas pelumba Team Sky, Jeremy Hunt sebagai jurulatih, TSG turut mendapatka­n bekas pelumba pasukan Pro Tour dari Dimension Data, Metkel Eyob serta mengekalka­n mengekalka­n Maral Batmunkh Erdene (Mongolia), Drew Morey (Australia) dan Goh Soon Huat (Singapura).

Bagi pelumba tempatan, mereka turut mendapatka­n khidmat pemenang emas Sukan SEA 2017, Irwandie Lakasek (scratch) dan Afiq Huznie Othman (kejar-mengejar berpasukan) dengan kontrak setahun.

“Selepas seminggu menjalani latihan, prestasi bekas pelumba Dimension Data agak baik, kita mengharapk­an dia untuk membantu pasukan terutamany­a dalam kategori individu keseluruha­n kerana kepakarann­ya adalah dalam aspek pendakian.

“Malah saya menaruh keyakinan kehadiran muka baru seperti Irwandie dan Afiq Huznie. Mereka tidak akan mempunyai masalah dari aspek disiplin, komitmen dan sebagainya. Cuma memerlukan masa menyesuaik­an diri dengan perlumbaan lebuh raya selepas banyak memberi tumpuan ke- pada trek sebelum ini,” kata Zamri.

TSG dijadual menyertai Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Tour de Indonesia penghujung bulan ini.

“Kita tidak meletakkan sasaran dalam dua perlumbaan ini kerana baru saja kembali menjalani latihan. Ini juga lebih kepada mempersiap­kan pasukan menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia