Harian Metro

Ee Wei harap tersenarai

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016, Toh Ee Wei berharap terpilih menyertai skuad pelapis kebangsaan selepas beraksi cemerlang pada sesi pemilihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara minggu lalu.

Dia yang meraih gangsa dalam acara beregu campuran bersama Chen Tang Jie di Bilbao, Sepanyol berjaya menampilka­n aksi terbaik dengan memenangi lima perlawanan untuk meraih ranking teratas dalam acara beregu wanita.

“Saya biasanya berganding­an dengan Pearly Tan namun dia kurang sihat. Namun, saya gembira kerana mampu beraksi baik bersama Ng Wan Win sekali gus memenangi kesemua perlawanan.

“Sekarang saya masih menunggu keputusan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan tidak pasti bila badan induk itu akan mengumumka­n senarai pemain yang terpilih,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia