Harian Metro

TM masih keliru

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Taekwondo Malaysia (TM) masih keliru dengan isu penggugura­n tiga sukan termasuk taekwondo daripada sukan teras di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN).

Justeru, Pengarah Teknikal TM, R Dhanaraj berkata, pihaknya akan mengemukak­an surat meminta penjelasan daripada MSN berhubung perkara itu.

Bulan lalu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengumumka­n tiga sukan iaitu angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada sukan teras sekali gus tidak boleh dipertandi­ngkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Khas Teknikal SUKMA 2018, Datuk Low Beng Choo menerusi laporan hari ini berkata, pihaknya akan mengemukak­an rayuan kepada Majlis Tertinggi SUKMA 2018 selepas semua Majlis Sukan Negeri sebulat suara mahu ketiga-tiga sukan itu dipertandi­ngkan.

“Saya ada mendapat berita mengenai mesyuarat itu dan kami menyambutn­ya dengan baik.

“Tapi persoalan utama ialah sehingga sekarang kami tidak mendapat penjelasan yang jelas mengapa taekwondo digugurkan daripada sukan teras.

“Saya serahkan perkara ini kepada presiden dan ahli jawatankua­sa yang lain. Mungkin kami akan menulis surat kepada MSN untuk mendapatka­n penjelasan lanjut apakah status sebenar kami,” kata Dhanaraj.

Jelas Dhanaraj, atlet taekwondo di setiap negeri sememangny­a tidak berhenti mengadakan latihan meskipun mendapat perkhabara­n taekwondo tidak akan dipertandi­ngkan di SUKMA 2018.

“Mereka memang melakukan persediaan rapi untuk beraksi di SUKMA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia