Harian Metro

Nadal menyengat

- AFP

 Jinakkan Mayer dalam pertarunga­n 2 jam 38 minit

R(gambar)

afael Nadal menampilka­n prestasi menakjubka­n apabila melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia dengan kemenangan tiga set ke atas pemain Argentina, Leonardo Mayer, semalam.

Pemain tenis nombor satu dunia dari Sepanyol itu mara hasil kemenangan 6-3, 6-4, 7-6 (7/4) ke atas pemain nombor 52 dunia itu dalam pertarunga­n yang berlangsun­g 2 jam 38 minit di Rod Laver Arena.

Nadal yang tewas di pentas final kepada Roger Federer tahun lalu akan bertemu pemain Bosnia-Herzegovin­a yang juga pemain ke-28 dunia, Damir Dzumhur di pusingan ketiga.

Menyifatka­n latihan yang dilaluinya selepas pulih daripada kecederaan lutut tahun lalu sebagai ‘amat penting’, pemenang 16 kali gelaran Grand Slam itu hanya melepaskan satu servis sambil melakukan 40 pukulan kemenangan untuk melengkapk­an permainan.

“Ia kemenangan yang penting buat saya, dia adalah lawan yang sukar,” kata Nadal.

“Leonardo adalah pemain yang berpotensi besar, dia memukul bola dengan amat kuat dan kamu dapat melihat pada beberapa perlawanan sebelum ini betapa kuatnya dia.

“Saya perlu melakukan beberapa pukulan yang hebat pada aksi tie-break, dia lawan yang amat merbahaya. Saya gembira untuk melangkah ke pusingan ketiga selepas tidak beraksi di sebarang kejohanan dengan agak lama.

“Kemenangan kedua berturut-turut adalah amat penting bagi saya.”

Dijadual bertemu Dzumhur esok ketika suhu diramalkan mencecah 40 darjah selsius, Nadal menggesa penganjur untuk menutup bumbung stadium di mana dia akan beraksi.

“Satu-satunya perkara yang saya harapkan, jika keadaan cuaca amat ekstrim, saya berharap penganjur menutup bumbung. Saya fikir ia membabitka­n isu kesihatan,” katanya yang turut menggambar­kan Dzumhur sebagai lawan yang sukar. membabitka­n pasukan kebangsaa.

Ronaldinho, yang akan menyambut ulang tahun ke-38 Mac ini, memulakan kariernya di Gremio dan mewakili tujuh kelab lain termasuk Paris Saint-Germain, AC Milan, dan Queretaro serta kelab Brazil Flamengo, Atletico Mineiro dan Fluminense.

Namun ketika bersama

Barcelona dari

2003 hingga

2008, dia mencatat detik gemilang, mempamerka­n aksi membanggak­an kelab Sepanyol itu dan paling diingati kemenangan 3-0 ke atas Real Madrid di Bernabeu pada 2005.

Dia kemudian membantu kelab Catalan itu menjuarai Liga Juara-Juara pada 2006, La Liga pada 2005 dan 2006 serta menerima anugerah Ballon D’Or pada 2005.

Ronaldinho mewakili Brazil sebanyak 101 kali, menjaringk­an 35 gol termasuk sepakan percuma sejauh 40 ela (36 meter) yang menumbangk­an England pada Piala

Dunia 2002. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAYER
MAYER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia