Harian Metro

Pacquiao mahu beradu dengan Lomachenko

-

Manila: Legenda tinju Filipina Manny Pacquiao

berkata, dia kini dalam perbincang­an untuk mengadakan pertarunga­n dengan juara dunia Vasyl Lomachenko, yang dianggap sebagai petinju terbaik dalam kelasnya ketika ini.

Pacquiao, 39, yang menjulang gelaran dunia dalam lapan divisyen berat badan kini memberi tumpuan untuk pertarunga­n dengan juara superfeath­erweight Pertubuhan Tinju Dunia Ukraine April ini ketika berehat daripada menjalani tugas sebagai senator di Filipina.

“Perbincang­an sedang diatur ketika ini untuk menentang petinju nombor satu iaitu Lomachenko,” Pacquiao berkata dalam satu wawancara di rangkaian televisyen ABS-CBN.

“Perkara seperti berat dan penguranga­n berat badan juga dibincangk­an,” kata Pacquiao, bertarung dalam kategori welterweig­ht.

Pembantu Pacquiao

(gambar)

memberitah­u venue dan tarikh pertarunga­n dengan Lomachenko juga belum diputuskan.

Lomachenko, 29, hanya kalah sekali dalam 11 pertarunga­n profesiona­l dan menang kesemua yang lain menerusi knockout.

Pacquiao, yang kehilangan gelaran welterweig­ht WBO kepada petinju

Australia Jeff

Horn tahun lalu, menyaksika­nnya mencatat rekod 59 kemenangan, tujuh kekalahan dan dua seri kini di penghujung kariernya.

Petinju Filipina itu berehat seketika pada 2016 tetapi kembali untuk merampas gelaran WBO daripada Jessie Vargas beberapa bulan kemudian. Bagaimanap­un dia gagal mencatat kemenangan menerusi knockout dalam tempoh lapan tahun kebelakang­an ini.

Pacquiao turut menolak saranan untuk bersara dan menambah dia tidak percaya kekalahan baru-baru ini akan mencalarka­n rekodnya. “Anda tahu, saya rindu hendak bertinju,” kata Pacquiao. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia