Harian Metro

Falcao wira Monaco

- AFP

 Ledak gol penyamaan pada masa kecederaan ketika menentang Nice

Radamel Falcao menjaringk­an gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memberikan Monaco keputusan seri 2-2 dengan Nice yang mendapat sentuhan Mario Balotelli.

Bagaimanan­apun, Marseille berjaya memintas pasukan juara Ligue 1 itu ke tangga kedua selepas menewaskan Strasbourg.

Monaco mendahului pada separuh masa pertama di Stade Louis II menerusi Adama Diakhaby, namun Balotelli menyamakan kedudukan dalam tempoh kurang daripada dua minit seawal separuh masa kedua.

Bintang Itali itu menjaringk­an gol keduanya pada minit ke-68 namun Falcao yang baru pulih daripada kecederaan berjaya meledak gol penyamaan pada minit kedua masa tambahan.

Satu Buenos Aires: Penyerang Argentina Carlos Tevez menyifatka­n kontraknya di kelab China Shanghai Shenhua sebagai ‘percutian’ sebaik kembali ke kelab lamanya Boca Juniors buat kali ketiga minggu lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu dikritik hebat di China apabila gagal mempamer aksi diharapkan selepas Shenhua dilaporkan menjadikan­nya pemain yang menerima gaji mingguan termahal dunia iaitu 730,000 euro (RM 3.99 juta) seminggu.

“Semuanya baik kerana saya bercuti selama tujuh bulan,” guraunya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Argentina TyC Sports semalam.

Tevez hanya menjaringk­an empat gol di liga China itu dan tidak beraksi bersama pasukannya yang memenangi perlawanan akhir saingan piala, malah jurulatihn­ya Wu Jingui menggelark­annya sebagai “terlalu berat” sewaktu mengambil alih pasukan pada September.

Namun, bekas penyerang Manchester United dan Manchester City kembali ke Boca, dia yang me- mata itu melebarkan aksi Nice tanpa kekalahan kepada tujuh perlawanan manakala Monaco yang dikendalik­an Leonardo Jardim akan tersingkir dari tiga kedudukan teratas untuk Liga Juara-Juara jika Lyon menewaskan Guingamp awal pagi hari ini.

Kemenangan ketiga berturut-turut Marseille meletakkan mereka di tangga kedua, ketinggala­n sembilan mata berbanding pendahulu

Paris Saint-Germain dan satu mendahului Monaco, dengan Nice kekal di tangga keenam.

Pasukan lawan ternyata hebat pada awal perlawanan biarpun tidak mencipta peluang mudah apabila sepakan jauh Balotelli melencong jauh dan percubaan Pierre-Lees Melou terus menuju ke penjaga gol Danijel Subasic.

Bagaimanap­un, Monaco berada di depan pada minit ke-33 apabila Diakhaby memanfaatk­an peluangnya untuk gol keduanya daripada tiga perlawanan.

 ??  ?? FALCAO (kanan) diasak pemain Nice, Marlon.
FALCAO (kanan) diasak pemain Nice, Marlon.
 ??  ?? TEVEZ ketika menjalani latihan di Boca Juniors.
TEVEZ ketika menjalani latihan di Boca Juniors.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia