Harian Metro

Carlos bingung gelagat Chapron

-

Pertahanan Nantes, Diego Carlos mengakui kelmarin dia kebingunga­n selepas disepak dan kemudian dibuang padang oleh pengadil Tony Chapron pada perlawanan menentang Paris Saint-Germain, Ahad lalu.

Pemain Brazil itu secara tidak sengaja bertembung dengan pengadil ketika serangan balas PSG pada masa kecederaan tatkala pendahulu Ligue 1 itu menang 1-0, dengan rakaman video Chapron terjatuh ke tanah sebelum menyepak Diego Carlos menjadi tular.

“Saya tidak faham apa yang berlaku ketika itu,” kata pemain berusia 24 tahun itu kepada laman sesawang Nantes.

“Beliau terjatuh dan kemudian saya melihat ke arahnya apabila beliau menendang kaki saya dan saya katakan ‘apa yang anda lakukan?’ dan kemudian beliau melayangka­n saya kad kuning dan kad merah.”

Kad merah itu kemudian ditarik balik, membolehka­nnya diturunkan beraksi menentang Toulouse awal pagi esok. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia