Harian Metro

Mourinho setuju lanjut kontrak

-

Manchester, England: Manchester United semakin hampir mencapai persetujua­n dengan pengurus Jose Mourinho mengenai sambungan kontrak yang akan mengekalka­nnya di kelab itu hingga

2021, menurut media Britain kelmarin.

Laporan menyebut rundingan itu berjalan lancar dan pengendali dari Portugal itu dijangka kekal di Old Trafford lebih lama daripada perjanjian tiga tahun yang ditandatan­ganinya hingga Jun 2019.

Mourinho, 54, menganggap komitmenny­a kepada United sebagai “menyeluruh” dan menyatakan beliau mahu “meletakkan kelab itu di tempat sepatutnya.”

Beliau menganggap laporan menyatakan beliau akan meninggalk­an kelab itu sebagai “mengarut.”

Mourinho menjuarai Piala Liga Inggeris dan Liga Europa dalam musim pertamanya mengendali­kan kelab itu sekalipun United berakhir di tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Mereka kini menghuni tangga kedua, 12 mata di belakang musuh setempat Manchester City dan layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara serta pusingan keempat Piala FA. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia