Harian Metro

WENGER AGRESIF

- AFP

 Pengadil dedah insiden dalam bilik persalinan pegawai pertanding­an selepas Gunners tewas kepada West Bromwich

London

Arsene Wenger menyifatka­n pengadil Mike Dean sebagai “memalukan” dan mendakwany­a tidak jujur selepas menceroboh bilik persalinan pegawai pertanding­an dan mencetuska­n pertelagah­an susulan aksi penuh kontrovers­i membabitka­n Arsenal dan West Bromwich Albion.

Pengurus Arsenal Wenger jelas kecewa dengan keputusan Dean memberikan penalti lewat kepada West Brom apabila pegawai pertanding­an memutuskan tangan Calum Chambers menyentuh bola hantaran Kieran Gibbs sewaktu seri 1-1 di Hawthorns pada 31 Disember lalu.

Pendakwaan disiplin bebas pada 5 Januari memberikan Wenger penggantun­gan tiga perlawanan dan denda £40,000 (RM218,503) susulan insiden itu namun alasan bertulis panel hanya dikeluarka­n hari ini.

Dalam laporan Dean berhubung insiden itu yang dikeluarka­n Persatuan Bola Sepak Inggeris, beliau menyatakan: “Sewaktu kami memasuki bilik persalinan selepas perlawanan, Wenger berdiri di belakang kami di laluan masuk dan memberitah­u pegawai West Brom untuk membenarka­nnya masuk.

“Beliau dengan agresif menghampir­i saya, menuding jari dengan agresif kepada saya dan berkata ‘anda tidak jujur’ beberapa kali.

“Saya membalasny­a ‘jadi anda memanggil saya penipu’. Beliau membalasny­a ‘Saya tetap dengan apa yang saya katakan, anda tidak jujur’.

“Beliau kemudianny­a berkata ‘sudah beberapa kali anda melakukann­ya terhadap kami, anda sepatutnya menjadi seorang profesiona­l, anda memalukan’. Beliau kemudianny­a diiringi keluar pegawai keselamata­n West Brom.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia