Harian Metro

‘Pogba makin kreatif’

-

London: Jose Mourinho percaya Paul Pogba semakin menyerlahk­an dirinya sebagai pemain penting dalam skuad Manchester United selepas pemain tengah itu meneruskan rekod tanpa kalah peribadi dalam Liga Perdana Inggeris kepada 35 perlawanan.

Pemain Perancis itu menyertai United dengan rekod dunia ketika itu £89.3 juta (RM488 juta) dari Juventus pada 2016.

Namun dia mengambil masa untuk menyesuaik­an diri dan bulan lalu bekas pemain United, Paul Scholes mendakwany­a “hanya bersiar-siar dalam perlawanan.”

Bagaimanap­un kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri ke atas Stoke awal pagi semalam, keputusan yang membantu United merapatkan kedudukan kepada 12 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City, menyaksika­n Pogba menjadi pengumpan kepada gol Antonio Valencia dan Anthony Martial dengan hantaran tepat.

Mourinho menyatakan persembaha­n mantap Pogba menandakan rakan sepasukann­ya di United sudah boleh menerima gaya permainann­ya.

“Dia menggerakk­an bola dengan amat bagus sekali,” kata Mourinho kepada saluran televisyen kelab itu MUTV.

“Saya fikir dia gembira dengan cara pasukan bermain - amat sesuai dengannya. Dia gembira kerana pasukan ini mengubah profil dan profil itu lebih menjurus kepadanya.”

Pogba kini setaraf dengan dua pemain City, Kevin De Bruyne dan Leroy Sane di puncak carta ‘assist’ Liga Perdana Inggeris musim ini, sesudah membantu mencipta sembilan gol.

Sesudah terlepas aksi kekalahan pasukannya kepada Huddersfie­ld, Chelsea dan City, kini sudah 35 perlawanan berlalu sejak Pogba terbabit dalam kekalahan Liga Perdana - kali terakhir 0-4 menentang Chelsea pada Oktober 2016. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia