Harian Metro

Sistem VAR bantu kejayaan Foxes

-

London: Leicester City melakar sejarah dalam bola sepak Inggeris sebagai pasukan pertama mendapat faedah sistem video bantuan pengadil (VAR) selepas teknologi ulang tayang itu digunakan bagi menghadiah­kan gol kedua ketika menang 2-0 ke atas Fleetwood Town dalam Piala FA Inggeris, semalam.

Apabila penyerang Leicester, Kelechi Iheanacho meluru menyambut hantaran Riyad Mahrez untuk meledak gol pada minit ke-77 perlawanan ulangan pusingan ketiga itu, jaringanny­a pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.

Namun selepas dihentikan sementara ketika gerakan serangan itu dianalisis dengan bantuan VAR, keputusan itu diubah - ulang tayang menunjukka­n pemain Nigeria, Iheanacho berada dalam kedudukan tidak ofsaid - dan pengadil

Jon Moss menghadiah­kan gol.

Sistem VAR digunakan kali pertama di England awal bulan ini bagi aksi pusingan ketiga Piala

FA antara Brighton dengan Crystal Palace dan separuh akhir pertama Piala

Liga antara Chelsea dan Arsenal.

Bagaimanap­un, ini kali pertama ia digunakan untuk mengubah keputusan awal.

“Saya tidak tahu sama ada saya berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak tapi saya bersetuju sepenuhnya bahawa saya berada dalam kedudukan tidak ofsaid,” kata Iheanacho.

“Saya hanya menumpukan terhadap gol, saya tidak memikirkan jika saya tidak ofsaid atau ofsaid tapi Riyad memberitah­u saya tidak ofsaid.

“Kami hanya menunggu untuk melihat apa keputusann­ya.”

Bekas pemain remaja Manchester City, Iheanacho terdahulu meletakkan Leicester di depan pada minit ke-43 di Stadium King Power, meluru menyambut umpanan Islam Slimani sebelum merembat masuk.

Hasil kemenangan ke atas kelab divisyen tiga itu, Leicester akan berkunjung ke Peterborou­gh bagi aksi pusingan keempat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia