Harian Metro

Inspirasi TMJ

-

kami tak letakkan sasaran, bila kami sudah sampai ke tahap ini, kami tak mahu sia-siakan, kalau ada rezeki kami akan sampai separuh akhir, mana tahu ada rezeki kami akan ke final,” katanya.

Skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee yang muncul naib juara Kumpulan C akan turun beraksi pada suku akhir Sabtu ini di Stadium Kunshan menentang juara Kumpulan D yang bakal ditentukan Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria. Kunshan, China: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi menganggap selain kesungguha­n pemain, faktor Presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menjadi pencetus kebangkita­n pemain di Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di Kunshan, China. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee seakan tiada peluang selepas tumpas 1-4 pada aksi pembukaan Kumpulan C menentang Iraq namun mereka bangkit merebut slot suku akhir dengan mencatat seri 1-1 ke atas Jordan dan mengejutka­n Arab Saudi 1-0.

Yusoff yang juga pengurus pasukan negara berkata, kejayaan yang dicapai itu adalah hasil sokongan semua pihak terutama perancanga­n Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila menerajui FAM.

“Ada beberapa faktor kejayaan ini antaranya adalah inspirasi yang diberikan oleh TMJ kepada pemain, kebijaksan­aan jurulatih mengatur strategi menentang pasukan hebat seperti Jordan dan Arab Saudi serta kesungguha­n pemain.

“Bila saya bercakap dengan pemain sebelum masuk ke padang, saya ingatkan bahawa mereka perlu bantu TMJ jika nak TMJ bantu bola sepak negara. Kalau mereka tak bermain dengan baik, ramai pihak sibuk mengkritik TMJ dan tidak menumpukan kepada usaha perubahan yang ingin dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN negara meraikan kejayaan menewaskan Arab Saudi.
PEMAIN negara meraikan kejayaan menewaskan Arab Saudi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia