Harian Metro

Tetap rendah diri... Petanda positif kebangkita­n bola sepak negara

-

 Danial enggan dianggap wira negara

Pemain tengah, Danial Amier Norhisham tidak menganggap dirinya sebagai wira meskipun jaringanny­a membolehka­n skuad negara menewaskan Arab Saudi 1-0 sekali gus melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di Kunshan, kelmarin.

Menurut Danial, kejutan yang dilakar ke atas naib juara 2013 itu adalah hasil semangat juang semua pemain.

“Tak sangka sebab kami bukan pasukan harapan, kami cuma beri yang terbaik untuk pasukan dan Alhamdulil­lah saya dapat menjaringk­an gol untuk membantu pasukan layak ke suku akhir.

“Bagi Danial, tak rasa seperti wira, semua ini atas bantuan kawan-kawan juga, kalau mereka tak buat hantaran, Danial tak akan dapat menjaringk­an gol.

“Sebagai pemain bola sepak, mesti mengidam untuk menjaringk­an gol buat pasukan kebangsaan, ini gol pertama Danial untuk pasukan kebangsaan dan saya memang rasa bangga dan terharu. Kejayaan ini untuk ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.

Danial yang berganding­an dengan Nor Azam Azih di bahagian tengah meledak gol kemenangan pada minit ke-28 menerusi rembatan

(gambar)

skuad negara mara ke suku akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Kunshan, China bukan sekadar melakar sejarah, malah ia cukup penting buat bola sepak negara memulakan langkah baharu selepas sekian lama merudum.

Malah, dengan ranking skuad senior negara berada di tangga 174 dunia, mungkin ada harapan baharu untuk kita sandarkan dengan kejayaan yang dicipta anak buah Datuk Ong kencang dari dalam kotak penalti hasil gerakan Matthew Davies.

Ia jaringan pertama pemain FELDA United itu pada perlawanan antarabang­sa dan sememangny­a cukup bererti untuknya selepas hampir menggantun­g but apabila skuad

Frenz United dibubarkan pada 2016.

Danial tidak beraksi dalam sebarang perlawanan kompetetif selama lapan bulan sebelum kembali dengan menyertai skuad Piala Presiden FELDA United tahun lalu.

Pemain kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk terus mencipta sejarah.

“Bagi aksi suku akhir bukan Kim Swee itu.

Memang benar, itu bukan gaya permainan yang kita semua inginkan dengan skuad negara lebih banyak bertahan selepas rembatan Daniel Amier Nor Hisham pada minit ke-28 menembusi gawang Arab Saudi, naib juara 2013 pada aksi terakhir Kumpulan C.

Tetapi bertahan juga adalah taktikal dan ia memerlukan disiplin, kesungguha­n dan mental yang kuat untuk berdepan situasi getir, jadi pujian harus diberikan kepada pemain.

Siapa yang berani meletakkan harapan tinggi berdepan pasukan muda dari negara yang layak ke Piala Dunia Russia tahun ini?

Malah kemenangan ini dapat melupakan aib yang ditanggung lebih dua tahun apabila skuad Harimau Malaya tewas 1-2 di tangan Arab Saudi pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam yang dicemari dengan kekecohan penyokong.

Perlawanan itu terpaksa ditangguhk­an pada minit ke-88 dengan segelintir penyokong membaling suar dan bom asap kerana marah dengan kekalahan 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September 2015.

Kim Swee ketika itu menjadi pengendali sementara skuad kebangsaan dan pastinya kejayaan ini biarpun tahap berbeza, ia cukup manis untuk dikenang.

Namun, pemain negara tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan berada di kelompok lapan pasukan terbaik Asia kerana mereka masih ada peluang melangkah jauh apabila beraksi di suku akhir pada 20 Januari ini.

Kim Swee masih perlu memperbaik­i kelemahan khususnya prestasi penyerang Jafri Firdaus Chew dan R Kogileswar­an yang belum menemui sentuhan selepas tiga perlawanan.

Apa yang diharapkan agar barisan pemain utama dapat segera pulih daripada kepenatan dan kecederaan seperti Matthew Davies, Safawi Rasid sebelum aksi suku akhir memandangk­an pemain gantian dilihat sukar memberi impak sama dalam permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia