Harian Metro

Ramos senjata baru Sabah

- Ryan Stanley bhsukan@bh.com.my Devinder Singh devinder@nst.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Sang Badak dijangka mengikat penyerang Puerto Rico, Hector Ramos bagi memperkuat­kan bahagian serangan mereka musim ini.

Pemain berusia 28 tahun yang memiliki ketinggian 191sm itu tiba di Kota Kinabalu petang kelmarin dan bakal menandatan­gani kontrak bersama Sabah selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan, hari ini.

Bagaimanap­un, setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) namun sumber memberitah­u pemain itu hampir pasti menyarung jersi Sang Badak.

“Saya harap dapat membantu pasukan ini (Sabah), saya mahu menghadapi perlawanan yang bagus di sini serta menjaringk­an gol... sebab itu pasukan ini membawa saya masuk,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa

(gambar)

Kota

(KKIA), kelmarin.

Ramos sebelum ini beraksi bersama Puerto Rico FC di Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) sejak 2016 hingga 2017 dan membantu pasukan berkenaan beraksi dalam Piala Copa Luis Villarejo.

Sebelum itu, dia yang memulakan kariernya sebagai pemain profesiona­l pada 2008 turut beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuk kelab El Salvador, Isidro Metapan (2013 hingga 2015).

Di peringkat antarabang­sa pula, Ramos pernah mewakili skuad bawah 17, 21 dan 23 tahun Puerto Rico sebelum disenaraik­an bersama skuad senior pada

2010.

Kinabalu

Setakat ini, Sabah sudah mengisi tiga daripada empat slot pemain import selepas mengekalka­n dua pemain dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong selain pertahanan Croatia, Igor Cerina. Johor Bahru: Aura Liga Malaysia yang luar biasa menarik minat bekas pemain LionsXII, Hafiz Abu Sujad untuk kembali beraksi selepas tiga musim tidak mewarnai saingan itu.

Kali terakhir Hafiz beraksi dalam kancah Liga M ketika LionsXII menyertai Liga Super tiga musim lalu dan impian untuk kembali beraksi menjadi kenyataan selepas dia menyertai Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sebagai pemain import kuota Asia Tenggara.

Bekas pemain Tampines Rovers dalam Liga Singapura musim lalu ternyata teruja untuk kembali mewarnai kancah Liga M dan sekali gus mengubat rindu yang sekian lama terpendam.

“Apabila saya mendapat panggilan pengurusan JDT II, maka saya tidak menolak malah teruja selepas hasrat untuk kembali dalam kancah Liga M menjadi kenyataan apatah lagi tiga musim saya merindui suasana saingan liga di Malaysia.

“Saya bersama LionsXII dari 2013 hingga 2015 dan kini saya kembali walaupun beraksi dalam Liga Perdana tapi tidak dinafikan pasukan yang bersaing dalam saingan itu tampak begitu hebat.

“Mewakili JDT II satu penghormat­an buat saya kerana pasukan ini ibarat satu keluarga besar malah kali pertama saya menjalani latihan ternyata rakan sepasukan memberi sokongan dan kerap bekerjasam­a,” katanya.

Hafiz yang beraksi di posisi pertahanan kiri akan digandingk­an dengan Amir Saidin dan Dominic Tan di pertahanan tengah manakala pertahanan kanan akan diputuskan ketua jurulatih, Benjamin Mora.

“Selepas hampir sebulan bersama JDT II, saya sudah serasi dengan corak latihan dan taktikal jurulatih dan optimis dalam masa terdekat saya akan dapat menyesuaik­an diri dengan corak permainan pasukan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia